Naluri seorang mak ni hebat kan? Dari dulu lagi, aku suka siasat kaitan antara benda yang x elok yang berlaku kat aku dengan naluri mak aku. Memang sangat OOS (Out Of Syllibus) aktiviti aku ni. Tapi aku tak heran pon..
Aku dengan mak aku ni, aku consider tak rapat di pandangan mata manusia yang lain. Sebab apa? Sebab aku bukanlah seperti anak gadis di luar sana yang selalu bercerita dengan mak dia. Hari ni jadi apa, esok nak buat apa, minggu depan nak pergi mana. In fact, kalu sedih pon aku takkan call mak aku dan bercerita dengan dia sambil nangis, tarik air hidung, kesat ayor mata segala.. Entah lah.. Aku tak diajar dengan sebegitu rupa. Bagi aku, itu adalah gaya hidup orang di bandar-bandar. Alah, mcam dalam drama kat tibi seluruh Malaysia tue.. weols ni anak kampung, orang kampung, main lumpur, maen masak-msak guna tempurung, rumput dengan lumpur bagai, maen hujan segala.
Tapi apa yang aku nak cakap kat sini, walau camne pon kita tak bagitau mak kita, mak kita tetap akan rasa. Mak kita tetap akan tahu yang kita sebenarnya tengah ada masalah. Sebagai contoh aku nak bagi, masa pergi Sungai Chiling 3 November ritu. Sape sangka, itu pengalaman pertama aku lemas. Dan aku ni punyelah nak siasat, sampai aku mesej mak aku, tanya ada tak dia rasa x sedap hati sekarang, xpon semalam. Tak bagitau lagi ni yang anak dia baru selamat dari lemas tadi. Tahu apa jawapan dia? Haruslah korang tahu kan.. Dia cakap, bukan hari ni, dari semalam lagi tak sedap hati. Rasa macam tak kena. Tidur pon tak lena. Rupa-rupanya nak ada musibah yang melanda. Dia baru nak call aku tanya sama ada aku okey atau tak, tapi aku dah terjah dia dulu. Wehehe..
Lepas tu, kalau aku ada nak makan something yang xdapat nak makan kat sini, aku saje je mesej mak aku cakap nak makan tu, nak makan ni. Terus mak aku call. Cakap biasa-biasa je pon. Dia cuma cakap, nanti balik rumah, makn lah banyak-banyak. Rumah weols ni kat Terengganu. Takkan lah mak aku nak datang Bangi semata-mata nak bagi makanan yang aku nak kan. Ritu aku buat perangai lagi. Aku mesej mak aku cakap aku nak makan pulut duyan. Tapi kau tau mak aku x balas pon mesej aku,even call aku. Aku yang dah naek pelik ni, buat bodoh jelah. Bukan penting pon nafsu makan aku ni .. Tapi semalam masa aku call mak aku saje untuk tanya khabar, barulah aku tahu.. Dia buat jugak pulut durian kat rumah even aku takde pon. Dia cakap, biarlah dia makan untuk aku.. Sedih plak weols rasa..
Jadi apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah, biar lah orang tengok kita x rapat dengan mak kita, tak manja dengan mak kita, yang penting kita tahu sampai mana hubungan rapat kita dengan mak kita. Sebab bagi aku, ada sayang itu yang tak perlu ditunjuk melalui kata-kata dan tindakan. Cukuplah orang tu tahu yang kita betul-betul sayang dia..Dan satu lagi. Walau camne pon kita cuba sorok masalah kita, mak kite tetap akn tahu. True story..
Till then, XOXO.. (kau ni dah kenapa nak tiru IAD segala??)
< KisAH yaNG tAKKan haBIS Tuk DICeriTAkan SElagI NyaWa mASih MEnundANGI JasAD.. >
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
It's only when we truly know and understand that we have a limited time on earth.. and that we have no way of knowing when our time is up.. that we will begin to live each day to the fullest, as if it was the only one we had. (Elisabeth Kubler-Ross)
Tuan TaNAh...
MaSA iTu FuLUs..
HalWa TeLiNgA..
ChiT-cHAT JoM...
SaNg ReRaMa BerTerBaNgAN..
yANg SeTIa...
Total Pageviews
Powered by Blogger.



0 oRang TinGGal JeJAK:
Post a Comment