Assalamualaikum..
Hari ni dah 31 Disember. Esok akan masuk tahun baru. Aku malas dah
nak fikir apa azam tahun baru kali ni. Cuma aku harapkan, aku akan lebih
istiqamah dalam apa yang telah aku buat, apa yang telah aku decide nak buat.
Biarlah, mungkin belum tiba masa untuk aku cerita panjang lebar tentang itu.
Aku selalu cakap kat Mimi, yang Disember tahun ini memang sangat
tak seronok. Sebab apa, sebab bulan nilah yang banyak dengan presentation,
banyak kuiz, banyak kelas dan kena kejar due date nak hantar tesis bab 1 sampai
bab 3. Kita orang ni memang giler. Dari dulu tak ubah-ubah. Orang lain berbulan
nak buat tesis, kita orang berminggu je. Terpaksa berminggu sebenarnya. Memang
giler. Selama ni syok sangat senang lenang, pastu mula lah tergagau-gagau. Tapi
as for me, rileks.. kau dah buat perangai macam tu, padan lah dengan muka kan.
So, tak yah nak kencang sana kencang sini cakap bizi dengan itu, bizi dengan
ini. Stress sana, stress sini.. haish..
Sebut fasal tesis, Alhamdulillah.. bukan sebab dah siap, tapi sebab
due date dia dipanjangkan.. syukur sangat-sangat. Dulu memang dah prepare hati
dan mental, nanti akan havoc since Dr KO
xreply aku lagi (until sampai semalam). Due date asal hari ni. Sakit jiwa
kau tahu.. mana nak baiki, mana nak tambah issue..Tup2 hari ni dapat tahu yang
boleh hntr sampai 14 Januari. Fuh, rasa macam nak g sambung tidor balik je. Wahaha!
Itulah.. Jika kita redha dengan kesusahan yang melanda, pasti akan ada bahagia
di hujungnya..:D Semalam aku siap solat sunat tengah malam nak tenangkan hati kau tau. tetiba datang sakit kepala duk pikio pasal tesis ni..*manusia ni memang kan. Bila susah, mula lah tergagau-gagau. Takpelah, perlahan-lahan. aku pon masih mencari ksempurnaan itu..*
Lately ni aku selalu teringatkan Hidayah, Lina, Shuhada.. dorang ni
adalah penghuni ***** *** ******, Cheras. Dan dorang nilah yang jadi ahli group
aku masa program kat sana ritu. Untuk Lina dan Shuhada, aku takde lah duk pikio
sangat. Sebab masing-masing bagi aku, dah ada sedikit semangat nak teruskan
hidup. Dalam umur 17 tahun dan 16 tahun, dorang dah boleh fikir ke mana dorang
nak bawak hidup dorang. Yeah, sape sangka muka sebaik Shuhada tu jadi penghuni
rumah tu. Mungkin ada something yang berlaku kat dia dan haruslah aku sangat
tak mempunyai kekuatan nak tanya kenapa.
Di antara 3 orang tu, aku lebih teringatkan Hidayah. Wajah dia
selalu je datang kat pikiran aku ni. Aku tak tahu dia camne sekarang. Sihat ke
dia. Dah boleh biasakan diri ke. Niat hati ni macam nak pergi je balik tempat tu,
tapi aku tahu mesti susah. Lainlah kalau ko buat program. Tempat mcm tu, orang
luar takleh sesenang hati nak masuk.. even penghuni lama pon nak masuk susah. Lagilah
aku yang langsung takde kaitan dengan dorang. Dia muda lagi. Baru 14 tahun. Tapi
dah ada satu tanggungjawab yang besar. Dah ada satu nyawa yang dia kena bawak. Nasib
nyawa tersebut, haruslah bergantung kat dia. Cuma aku harap, biarlah yang lalu
tetap akan mnjadi masa lalu. Dia muda lagi. Hrus kuat untuk teruskan hidup. Kegagalan
sekarang bukan bermkna kegagalan masa depan. Kuatkan lah semangat dia Ya
Allah.. Allah.. Allah.. Allah..
Papepon, selamat tahun baru buat semua. bermacam jenis impian xkan tercapai kalau kita sendiri tak mulakan. mula dengan apa? mula dengan merubah mana yang bruk tentang diri kita *reminder untuk aku jugak*
Adios.



0 oRang TinGGal JeJAK:
Post a Comment