Tapi tadi Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk melihat ke dunia yang satu lagi. Menjadi fasi bukan untuk golongan sekolah, bukan untuk golongan elit, tetapi untuk golongan yang dahulunya pernah menyimpang dari jalan yang benar. Tapi ada juga segilintir yang menjadi mangsa kepada nafsu dunia.Setiap orang takkan lari dari buat salah. Apa yang membezakan adalah rasa insaf yang terbit dari hati. Akak mintak maaf kalau program selama 1 jam 30 minit tak memberi apa-apa rasa untuk korang. Tapi jujur akak cakap, akak mendoakan kebahagiaan korang lepas korang keluar nanti. Orang lain hanya pandai cakap, hanya pandai menilai apa yang di luar, biar lah. Korang keluar dari situ dengan satu niat, untuk jadi orang yang baru. Sekali titik kesilapan tidak bermakna satu hidup perlu dimusnahkan. Okay? :')
Sedih bila ingat kembali wajah-wajah yang di usia yang terlalu muda sudah diuji dengan ujian yang bukan semua orang boleh hadapi.. Sebab itu kita takleh terlalu leka dengan dunia sehingga mengabaikan apa yang akan kekal abadi. Takpelah, aku yakin semua orang kat situ ingin keluar dari situ, bersama-sama dengan family, dan ingin menjadi orang yang lebih baik di masa hadapan..Kan3?
Ada sorang budak, dan aku harap dia betul-betul kuat untuk teruskan kehidupan dia. dah 8 bulan, susah untuk dia lupakan apa yang berlaku..apa yang paling sedih, baru 12 tahun kot! Ya Allah.. Kau kuatkan lah hati dia Ya Allah.. Kau bimbinglah dia..Ya Allah.. Allah.. Allah.. Allah..:'(
Aku tahu, sesedih mana pon kita, kita xleh lawan kesedihan dorang. mesti setiap malam sebelum tidur, dorang akan terfikir, adakah hari esok masih ada untuk dorang? adakah masih ada masa depan yang cerah untuk dorang? Ada yang semangat untuk teruskan hidup, ada yang merasakan masa depan dia dah hancur, ada yang masih tak fikir nak buat apa, banyak lagi. Allah.. Berikan lah ketenangan dalam hati mereka Ya Allah.. Berikan lah petunjuk untuk masalah-masalah mereka.. Berikanlah kesenangan sekiranya mereka menghadapi kesusahan Ya Allah..Allah.. Allah..
Tadi Ustaz tu pasang lagu ni masa ceramah..Best..



0 oRang TinGGal JeJAK:
Post a Comment