Ada orang bangitkan isu ni. Dah lama dah isu ni, tapi saje nak cakap gak. Di tempat kerja atau kat mana-mana, seorang senior cenderung untuk buat pada junior apa yang mereka kena pada suatu waktu dahulu. Dan kawan aku sampaikan benda ni kat aku sebab aku takde di tempat kejadian semasa si polan nie bangkitkan isu nie. Dan aku tak ingat dah apa jawapan penceramah tu kat dia. Sekarang, aku nak bagi pendapat aku plak. Ape yang aku rasa. Ikutlah, nak terima atau tak. Pilihan atas tangan masing-masing.
Bagi aku, ade 2 sebab utama mengapa seseorang tu tend untuk buat kat junior-junior dorang, apa yang mereka kena pada suatu waktu dulu. Pertama, kerana dendam. Dia nak junior dia rasa ape yang dia rasa. Kene buli, kene siapkan report, kena bancuh air hari-hari. Itu contoh di tempat kerja lar. Kalau kat hostel, kena basuh baju, kena siapkan kerja sekolah, kena basuh tandas hari-hari. Sebab ape, sebab dia tak nak dia sorang je yang rasa benda tu, dia sorang je yang kena benda tu. Dia nak orang lain kena jugak. Dia nak orang lain rasa jugak ape yang dia pernah rasa. Sebab tu dia bwat kat junior dia benda yang sama dia pernah kena.
Sebab yang kedua ialah, dia nak ajar junior dia. Dia nak bagitau, yang setiap benda tu bukannya senang. Ade kesusahan yang terpaksa dorang lalui dulu. Untuk contoh kat atas tue, hurm.. aku pon xtau ape dan mana nilai yang tersebunyi nyer. Cume ape yang aku nak bagitau kat sini, kami bukan buat sesuatu tue saje-saje. Yes, kat dunia nie, kita tak dapat lari dari hukum karma. Kau buat kat orang, suatu hari nanti, orang buat kat kau plak. Dan kau kena terima. Kau kena rasa ape yang dorang rasa suatu waktu dulu.
Kalau dulu, kami pernah mengata, pernah cakap kat belakang. Sekarang, kami kene hadapi semua benda tu. Nak ataupun xnak. Rela ataupun terpaksa.
Kalaulah korang faham dan menilai yang tersirat daripada yang tersurat, sebab ape kami buat camni kat korang~~



0 oRang TinGGal JeJAK:
Post a Comment