Susah kan nak buang perkara yang dah sebati dengan diri kita nie. Kalau tak buat @ alami benda tu sehari dalam hidup, cam tak lengkap je.. Masalah betei..
UKM sekarang ade masalah air yang bagi aku sangat-sangat kritikal selama hampir 3 tahun aku duk sini. dah nak dekat seminggu dah ayor nie xde.. Syukur, harini masih lagi dapat mandi.. esok lusa, Insya-Allah.. Sama2 lar kite doakan supaya masalah ni akan selesai tak lama lagi.. aku memang kagum dengan TNC Hepa UKM kali nie.. Berjiwa rakyat sunggoh. Prihatin dengan masalah pelajar. Rajin benor update perkembangan sal masalah air nie kt FB.. Trima kasih Prof.. :)
Pastu sekarang nie jugak FB tu dibanjiri dengan cerita-cerita zaman sekarang. Zaman yang dah nak ke pengakhiran nie.. dengan cerita itu, cerita ini. banyak sangat benda yang kene fikir, timbang, betul atau salah. kebenaran atau penipuan, Haq atau batil. Pihak ni kate aku terhebat, pihak nie kata aku bertanggungjawab, tuding sama sendiri.. Susah nyer bila melibatkan manusia nie..
Dan apa yang nak aku hightlight kat sini ialah, antara tanda-tanda kiamat semakin hampir ialah :
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
Dan sekarang, benda tu lah yang orang duk heboh kat Fb.. Ade pihak cakap akan berlaku perhimpunan lar, demonstrasi lar kat UKM ritu. Dan stu pihak lagi cakap, yang dorang tak dibagitau pape sal benda tue. Salah siapa?Sudah.. Yang ni masalh.. Aku yang okey je melayari hidup dengan gap exam selama 3 hari, terus serabut duk baca post sebegini kat FB.. sabor jelar.. orang-orang yang dulunye senyap, menerima apa juga kritikan kerana yakin berada di pihak yang benar, sudah mula bersuara. Yang dari dulu lagi bersuara, xyah nak cakap lar kan.. hurm.. Dunia-dunia..
Orang yang lantang bersuara adalah orang yang berani, manakala orang yang senyap, yang hanya membaca dan menilai, adalah orang yang lemah, orang yang tak berani, pengecut. Cam tu ke? Betul ke stigma nie? Tapi aku kagum lar dengan orang-orang yang berani tuk bersuara lantang pasal isu-isu yang timbul sekarang nie. Yang dari dulu x habis-habis. Pergaduhan sesama sendiri disebabkan perbezaan fahaman politik.
Yup, seorang mahasiswa tidak seharusnya ada sifat bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Seorang mahasiswa kena tahu ape yang berlaku di sekeliling mereka, Timbal balik mana yang betul, mana yang salah. Tapi maaf, aku belum ade lagi kekuatan untuk shout kat mana-mana site tentang masalah-masalah yang berlaku sekarang ne.. Baik di UKM mahupun luar UKM.. Memberi pandangan mengenai kepincangan-kepincangan yang berleluasa sekarang nie, oh, aku belum mampu..
Akhir kata, semoga kita semua masih dalam jagaan-Nya dan dalam naungan rahmat-Nya.. Amin..



0 oRang TinGGal JeJAK:
Post a Comment