Al-fatihah..

Wednesday, September 12, 2012
Khamis, 6hb September 2012. Al-fatihah untuk nenek yang aku panggil "chek" (tak tahu camne nak eja)

Dia dah lama sakit. tapi tak terlantar. sakit orang tua. sakit lutut. makan tak selera. tak banyak bergerak. dan tiba-tiba ritu mak aku call. 2 missed call. time tu aku tengah bwak motor. stop motor, nak tengok fon, tengok ada mesej dr mak aku. aku baca 2-3 baris yang pertama je. lepas tu macam nampak tak nampak je mesej selebihnya. nasib baik ada Ummi time tu. aku capai bahu dia, dan cakap "akak nak balik Terengganu malam ni. nenek meninggal" then bruff.. tak henti-henti. atas motor tu jugak.. lantak lah dengan student baru yang tengah lintas jalan nak ke masjid, dengan pak guard yang kawal lalu lintas, dengan orang yang menunggu jalan raya clear. aku fikir nak balik je time tu..

Nasib baik petang sebelum aku balik UKM (aku balik esok paginya), aku pergi jumpe arwah. cakap biasa-biasa je. tak sangka ini yang akan berlaku. sudah ketentuan. dan ini kali pertama aku tengok proses mandikan jenazah, kafankan jenazah. sebelum ni takut. the most epic part was masa ayah long aku sampai dan nak cium dahi arwah. masa tu sriyes sedih giler. keadaan ayah long aku yang menyebbkan aku sedu sedan balik. dia pon sakit. jalan slow-slow, kena pakai tongkat. susah nyer dia nak rendahkan badan, nak cium dahi arwah..

ini adalah kali kedua aku terima berita kematian keluarga terdekat masa aku kat ukm. dan kalau boleh, aku taknak terima berita yang ketiga..

dari Dia kita datang, dan kepada-Nya kita kembali..


0 oRang TinGGal JeJAK: