Selamat datang Batch 25

Sunday, April 29, 2012
Alhamdulillah.. Lega kerana akhirnya Kursus Induksi Batch 25 dah selamat dijalankan. Dan esok adalah hari terakhir bizi aku untuk bulan 4 (Dah esok pengakhiran bulan 4 kan). Bulan 5? Kita tunggu. Start bukak balik sem je 19 April ritu, sampai sekarang, tak berhenti-henti lagi dengan aktiviti. Dan esok midsem Bio-Organik. *Matilar*

Tengok budak-budak Batch 25 ni mengingatkan aku pada Kursus Jati Diri kami dulu-dulu. Dorang ada 3 laki, kitaorang pon 3 laki jugak. Dahlar sorang budak nie, (nama dia Loqman) aku tengok dia dah macam tengok Joe dah. Dengan rambutnya, dengan gayanya. Cuma budak nie tak berape pemalu seperti mana Joe. *Malu lah sangat Joe tu kan*

Dorang diikat dengan 14 orang. Aku diikat dengan 19 orang. Batch aku yang tinggal 6 orang. Dan aku harap Batch 25 nie tak mengalami nasib yang sama macam batch aku. Dan aku harap mana-mana yang pergi Induksi ni, akan terus kekal sampailah tahun akhir nanti. Insya-Allah. Aku tak tahu kenapa, masa kitaorang ramai-ramai nyanyi lagi Adiiku tadi, aku rasa sebak. Dorang lah batch bawah latihan kitaorang. Dorang lah produk daripada latihan kitaorang. Berkualiti atau tak mereka, bergantung pada corak latihan kami. Sebagaimana besar harapan senior lain untuk mereka meneruskan perjuangan UPSM, begitu juga besar harapan kami. Nak-nak aku sebagai Ketua Pengarah untuk Kursus Induksi  ni.

Tiada yang sehebatmu
Kau yang pertama
Oh adikku
Kami sayang padamu

Oh adikku
Engkaulah kekasih hati
Dan juga permata di hati kami

Oh adikku
Kau buat kami merindu selalu
Walau di mana kau ada

...........................




0 oRang TinGGal JeJAK: