Assalamualaikum..
Orang selalu cakap, pengalaman lalu yang teruk akan menimbulkan satu trauma pada kita. Sebagai contoh, si A pernah lemas masa mandi sungai tym kecik dulu, jadi kesannya, si A nie akan ada rasa takut untuk mandi di sungai ataupun mana-mana tempat yang berair banyak. Itu trauma lar kan? Fobia pon ye..
Dulu, aku pernah gaduh dengan sorg kawan aku, aku namakan dia A. Sebab ape, sebab dia tipu aku. Tu salah satu faktor penyumbang lah. Yang paling nak buat aku marah (jugak faktor penyumbang) sampai aku boleh tak cakap dengan dia 3 bulan lamanya, ialah aku dengar a.k.a aku berada di tempat kejadian tym dia bercerita dengan pihak lain apa yang dia cakap kat aku yang konon dia tak akan buat benda tue. Tak faham, takpe.
Sebab ape yang aku boleh marah sangat kat dia ialah, dulu masa sekolah menengah kawan aku pernah tipu aku. Dan dalam geng kami, aku sorang je yang tak tahu bahawa aku sebenarnye dah kene tipu. Dan aku dah pernah cakap kat si A yang aku pantang kalau ade orang tipu aku, dan aku telah pon cerita zaman sekolah menengah ni kat dia, tapi dia buat jugak. Mana aku tak hangin.
Okey, berbalik pada topik asal. Tapi kan, trauma atau fobia tu boleh baik dengan sendiri kan? Kalau takut mandi sungai, kena mandi sungai tuk elak benda tu. Kalau dia takut, pergi je selam dia kat sungai. Lama-lama boleh lar dia mandi. Tu pon kalau dia tak nak lar. Jangan pulak saje-saje pergi selam dia.. Naye kawan tue.. Same jugak dengan rasa marah kalau kene tipu kan? Caranya, berbaik sangka. Or maybe, hilangkan rasa marah tu. Jangan duk layan sangat benda tue.
Kalau ritu kau trauma Amy nak bawak motor lelaju lepasjatuh ritu, tapi sekarang tak sampai 4 hari, kau dah merempit balik. See.. Trauma tu boleh diubah. Dan sekarang kau kene ubah trauma ko kalau kau kena tipu. Tapi korang jangan pulak nak amek kesempatan ke atas orang yang cam aku nie. Yang dalam proses nak berubah nie.
Akhir kalam, Assalamualaikum..



0 oRang TinGGal JeJAK:
Post a Comment